Demonstrasi Tuaian Padi

Iklan

Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Azman Mahmood membuat demonstrasi tuaian padi pada Perasmian Penuaian Tanaman Padi Projek SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di Kampung Gong Chengal, Pasir Puteh, hari ini.

Projek di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadau (IADA) Kemasin Semerak itu membabitkan keluasan sebanyak 162.7 hektar yang diusahakan 129 peserta sebagai alternatif peningkatan hasil padi yang lebih tinggi dan berkualiti. - Foto Bernama

Iklan
Iklan