Tambah baik infrastruktur sukan Cameron Highlands

Iklan
Hannah Yeoh

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berhasrat menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.

Menterinya, Hannah Yeoh memaklumkan ia selepas mendapati terdapat kekurangan yang menyukarkan atlet di kawasan berkenaan menjalani latihan dan menggunakan kemudahan diperlukan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, antara kekurangan infrastruktur dihadapi masyarakat setempat adalah ketiadaan kolam renang menyebabkan atlet terpaksa menjalani latihan di kolam renang di Strawberry Park Resort yang disediakan secara percuma.

Hannah turut menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan wakil tempatan bagi mencapai matlamat tersebut khususnya dalam mengenal pasti tanah untuk projek menambah baik infrastruktur sukan berkenaan.

Iklan

Sementara itu, kenyataan tersebut memaklumkan Hannah telah meninjau cadangan kerja menaik taraf untuk mengubah padang menjadi kemudahan trek dan padang yang berfungsi sebagai tempat utama untuk aktiviti sukan tempatan, acara sekolah dan aktiviti rekreasi.

"Di samping itu, Hannah turut melawat gim komuniti tempatan yang diuruskan oleh Majlis Belia Daerah Cameron Highlands yang mana beliau mengumumkan sumbangan RM50,000 untuk menaik taraf peralatan gim itu,” menurut KBS.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!