Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Iklan
Anwar (depan, tengah) menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN pada Selasa. Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantaunya, Brian D. McFeeters pada Selasa.
Dalam pertemuan itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan dalam perkara berkaitan dasar dan peraturan bagi beberapa sektor serta potensi penambahan pelaburan oleh syarikat AS.
Iklan
Iklan
"Saya turut singgung (menyentuh) peranan yang akan dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi Asean pada tahun hadapan,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.
Beliau berkata, kunjungan hormat itu turut disertai oleh delegasi yang terdiri daripada wakil 20 syarikat multinasional AS.
Iklan
Hadir sama ialah Duta Besar AS di Malaysia, Edgard Kagan dan Duta Besar AS bagi ASEAN, Yohannes A. Abraham.
Menurut Anwar, Majlis Perniagaan AS-ASEAN adalah sebuah organisasi perdagangan yang berfungsi sebagai kumpulan advokasi utama bagi perniagaan AS yang beroperasi dalam rantau Asean.
Iklan
Peranan utamanya adalah untuk memupuk kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara AS dan negara anggota ASEAN termasuk Malaysia, dan memudahkan dialog antara kerajaan dan perniagaan untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan menggalakkan persefahaman bersama. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>