Atlet pelapis bakal nikmati diskaun penerbangan sehingga 20 peratus

Iklan
Hannah (dua, kiri) bersama Izham (dua, kanan) pada majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara KBS dan MAB di MAB Academy Campus di Sepang pada Selasa. Foto Bernama

KERJASAMA strategik antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini memberi khabar gembira buat arena sukan negara terutamanya kepada atlet pelapis yang bakal menikmati diskaun tiket penerbangan Malaysia Airlines sehingga 20 peratus.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kerjasama dalam tempoh setahun itu dijangka memberi manfaat kepada 1,000 atlet, 150 kakitangan kejurulatihan, 221 persatuan serta 103 jenis sukan yang mendapat pengiktirafan kementerian berkenaan untuk menyertai temasya selain menjalani latihan di dalam mahupun luar negara.

Iklan
Iklan

"Kalau kita hantar lima atlet mungkin ada atlet lain persatuan itu yang tidak ditaja oleh kerajaan, jadi ibu bapa kena beli tiket mungkin kerana posisi mereka di tempat keenam atau kejutuh. Selagi mereka dalam senarai diiktiraf KBS mereka akan dapat semua benefit ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara KBS dan MAG di Kampus Akademi Malaysia Airline Berhad (MAB) di Sepang pada Selasa.

Iklan

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.

Hannah memaklumkan atlet yang berminat mendapatkan diskaun berkenaan perlu melalui persatuan sukan masing-masing ataupun Majlis Sukan Negara dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Iklan

Izham bagaimanapun memaklumkan peratusan diskaun berkenaan bergantung kepada musim penerbangan namun ia sebenarnya menunjukkan komitmen mereka dalam menyokong kecemerlangan sukan dan memupuk bakat ahli sukan tanah air.

MHsports yang disediakan MAG khusus untuk KBS menawarkan faedah eksklusif di mana individu yang layak boleh menikmati diskaun untuk tambang penerbangan dan tambahan elaun bagasi selain memperoleh mata Enrich.

Tawaran itu terpakai untuk penerbangan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines sahaja dan tidak termasuk rakan kongsi syarikat penerbangan Oneworld dan Codeshare. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!