Jalan Sultan Ismail ditutup susulan pokok tumbang

Iklan
Sekurang-kurangnya lima kenderaan dihempap pokok berkenaan.

KUALA LUMPUR - Jalan Sultan Ismail ditutup sementara susulan insiden pokok tumbang sebentar tadi.

Sekurang-kurangnya lima kenderaan terkesan dihempap pokok berkenaan menerusi video tular di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Operasi menyelamat sedang berjalan dan laporan berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Iklan

Iklan