Kemarau: Kerajaan perluas sistem air bawah tanah di jelapang padi

Iklan
Azman (dua dari kanan) menunjukkan hasil padi pada Majlis Dialog dan Perasmian Penuaian Padi Sempena Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) IADA Kemasin, Semerak pada Selasa.

PASIR PUTEH - Kerajaan dijangka memperluaskan sistem penggunaan air bawah tanah di jelapang padi seluruh negara sebagai persediaan menghadapi kemarau yang dijangka lebih serius tahun depan.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Azman Mahmood berkata, sistem berkenaan juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap hujan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, penggunaan air bawah tanah sudah dilaksanakan di kawasan jelapang Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar, Sawarak.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog dan Perasmian Penuaian Padi Sempena Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) IADA Kemasin, Semerak pada Selasa.

Iklan

Azman memberitahu, pesawah juga tidak boleh mengharapkan sistem yang menggunakan air hujan sebaliknya bersedia dengan penggunaan air bawah tanah.

Azman (kanan) menuai padi menggunakan jentera padi pada Majlis Dialog dan Perasmian Penuaian Padi Sempena Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) IADA Kemasin, Semerak pada Selasa.

Jelas beliau lagi, sistem berkenaan boleh dikawal dan digunakan apabila perlu atau sebaliknya.

Iklan

Sementara itu, Azman berkata, pengeluaran padi di Kelantan mengalami kemerosotan hampir 50 peratus berikutan kemarau serius tahun ini.

"Purata pengeluaran padi di Kelantan ialah antara 80 hingga 90 tan metrik untuk setiap musim," katanya.

Selain itu, Azman turut memaklumkan kerajaan akan memperkenalkan memperkenalkan varieti padi yang lebih tahan kemarau dan boleh dituai dalam tempoh 80 hari sahaja berbanding 105 hingga 110 bagi membantu petani di negara ini meningkatkan hasil tanaman mereka.

Tambah beliau lagi, sebanyak 12 varieti kini dalam kajian membabitkan padi pulut, padi wangi, padi putih dan paling istimewa padi anti burung.

"Kita jangka boleh ditanam oleh pada awal 2026 dan sekarang dalam plot kajian supaya boleh tengok kesesuaian dengan cuaca di Malaysia yang hampir sama dengan Indonesia, Thailand serta Vietnam," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!