Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan

Iklan
Pengebumian Allahyarham berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan. - Gambar/ Astro AWANI

AMPANG - Jenazah penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.

Pengebumian itu berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan Allahyarham.

Iklan
Iklan

Turut kelihatan di tanah perkuburan antaranya pengarah Datuk Yusof Haslam, penyanyi Yusni Hamid, Datuk DJ Dave, pelakon Abon dan ramai rakan seperjuangan Allahyarham pada era 70-an.

Terdahulu, jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada jam 10.45 pagi selepas disolatkan di Masjid Ukay Perdana.

Iklan

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada paru-paru jam 3.40 petang semalam. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan