[VIDEO] Sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Iklan
SEBANYAK 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M Kumar berkata, pihaknya akan memastikan kawalan keselamatan pada tahap yang tertinggi sepanjang perlawanan berlangsung.