Gudang sembunyi mercun, bunga api diserbu

Iklan
Kumar (dua dari kanan) menunjukkan mercun yang dirampas daripada sebuah gudang di Senai pada sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Tampoi pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Polis menahan lelaki tempatan bersama 427 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam serbuan Op Taring Landai di sebuah gudang di Taman Scientex Senai, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, serbuan dilakukan selepas intipan dilakukan lebih seminggu Unit Risik Marin (URM) Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berhubung gudang yang mencurigakan itu.

Iklan
Iklan

"Polis menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api tidak berlesen antaranya 90 kotak"Happy Boom Celebration Red Fire", 109 kotak mercun jenis"T8500A Pop 12/50/35" dan 203 kotak jenis EP 37 Happy Boom Celebration dalam serbuan jam 5.30 petang, Ahad.

"Pemeriksaan susulan turut dilakukan ke atas sebuah kontena di luar gudang dan menjumpai pelbagai jenis mercun. Lelaki berusia 47 tahun dipercayai penjaga premis turut ditahan ketika serbuan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi sini pada Selasa.

Hadir sama Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah.

Iklan

Menurut Kumar, sindiket aktif sejak sebulan lalu iaitu selepas Aidilfitri dengan menjadikan gudang di kawasan 'gated dan guarded' sebagai lokasi selain tidak mempunyai permit untuk menyimpan mercun dan bunga api.

Tambahnya, mercun dan bunga api berkenaan dipercayai untuk bekalan pada Hari Raya Aidiladha.

"Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai rekod jenayah dan direman selama empat hari.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!