[VIDEO] Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Iklan
RANTAU PANJANG - Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Timbalan Komandernya, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, rondaan menggunakan kereta perisai jenis Commando V150 itu susulan insiden letupan yang berlaku di Selatan Thailand pada 29 April lalu.
Sebahagian daripada anggota yang sentiasa bersiap sedia dalam penugasan menjaga sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.