Ancelotti congak resipi terbaik

Iklan
Ancelotti. Foto EPA

JURULATIH Real Madrid, Carlo Ancelotti mencongak resipi terbaik bagi membentuk pasukan ampuh untuk memburu keputusan positif ke atas Bayern Munich dalam aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara pada Khamis.

Ia susulan aksi kurang memberangsangkan Real Madrid ketika terikat 2-2 di Munich minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Kami masih mempunyai masa untuk meningkatkannya (prestasi).

"Bayern sangat bahaya, mereka pada tahap terbaik tetapi kami sebaliknya,” katanya.

Iklan

Madrid mengesahkan kejuaraan La Liga selepas menewaskan Cadiz 3-0 Sabtu lalu.

Mereka bagaimanapun belum mahu meraikannya kerana ingin fokus kepada saingan Liga Juara-Juara dengan impian mara ke final sekali gus meraih gelaran berganda.

Iklan

Dalam perjalanan ke Wembley, Ancelotti perlu menyekat pemain-pemain sayap Bayern, Leroy Sane dan Jamal Musiala yang kerap memberi masalah pada aksi separuh akhir di Allianz Arena.

"Kami ingin meraikannya dengan penyokong-penyokong, tetapi mereka faham kami mempunyai tugas lebih penting,” ujar Ancelotti.

Sebagai rekod Ancelotti sudah memenangi 12 piala di Madrid dan hampir menyamai pendahulu sepanjang zaman, Miguel Munoz yang mengumpul 14 gelaran antara tahun 1960 hingga 1972.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!