Pencipta kandungan, usahawan bantu perkasa komuniti

Iklan
TikTok Shop meningkatkan keterlihatan jenama-jenama tempatan di samping menggalakkan lagi penerapan digital dalam kalangan usahawan.

KUALA LUMPUR - TikTok Shop bukan hanya sekadar platform e-dagang untuk menjual produk semata-mata, sebaliknya ia memberi manfaat besar kepada pembangunan komuniti menerusi pembinaan jaringan yang membentuk ekosistem perniagaan yang luas.

Demikian pandangan tiga usahawan TikTok Shop yang mana bagi mereka, platform tersebut telah menjana impak positif kepada komuniti menerusi inisiatif masing-masing yang mahu membuat perubahan selari dengan perkembangan dunia digital.

Iklan
Iklan

Bagi Anas Zahrin Atan, atau lebih dikenali ‘Abang Anas’ usahanya membantu komuniti dicetuskan melalui inisiatif ‘Kongsi Rezeki’ menerusi platform TikTok Shop.

Anas sentiasa berusaha menambah baik pengalaman pelanggannya serta menyumbang kembali kepada golongan yang memerlukan.


Beliau yang dinobatkan sebagai ‘TikTok Shop Creator Of The Year’ itu tampil dengan konsep ‘Suprise Box’, iaitu pendekatan inovatif yang mengajak para pengikutnya menyumbang kepada golongan memerlukan sempena Ramadan dan Aidilfitri, baru-baru ini.

Iklan

Konsep itu dibawakan oleh Anas menerusi saluran di TikTok Shop, @anaszahrin semasa beliau mempromosikan jenama Anas Cosmetic.

"Perjalanan saya bukanlah hanya tentang kejayaan peribadi. Sebaliknya, ia mengajak orang ramai bersama-sama menjiwai semangat kemurahan hati, menyebarkan kasih sayang serta kebaikan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Hafiz Oon menggunakan popularitinya membantu memacu pertumbuhan penjual-penjual lain di TikTok Shop di samping membuka jaringan pasaran yang lebih luas.

Iklan

Inisiatif yang sama turut dilaksanakan oleh seorang usahawan minuman herba kesihatan, Hafiz Oon yang dikenali sebagai ‘Mr. Bentong’ membina jaringan perniagaan dengan membuka peluang kepada komuniti terlibat dalam perniagaan melalui TikTok Shop.

Pernah mencatat rekod jualan setinggi RM1 juta dengan satu sesi siaran menerusi akaun TikTok Shop, @mrbentong sempena ‘Super Creator Day’, Hafiz menggunakan popularitinya membantu memacu pertumbuhan penjual-penjual lain.

Susulan kejayaan itu, beliau mula mempelbagaikan tawarannya dengan mempromosikan lebih jenama tempatan sekali gus membina satu komuniti usahawan yang saling menyokong di antara satu sama lain.

Buka peluang pendapatan

Noor Hazwani telah memulakan MCN Littlewolf bagi menyokong golongan ibu dan bapa tunggal menjana pendapatan.


Sementara itu, inisiatif membuka peluang kepada golongan ibu dan bapa tunggal menjana pendapatan merupakan antara idea hebat yang dicetuskan oleh Noor Hazwani.

Pemilik saluran @vicky.littlewolf di TikTok Shop itu mengasaskan Rangkaian Berbilang Saluran (MCN), Littlewolf telah berjaya membantu golongan berkenaan membina masa depan perniagaan mereka menerusi aktiviti jualan, promosi produk dan sebagainya,

"Melalui platform (Littlewolf) itu, golongan ibu dan bapa tunggal mempunyai peluang menjana pendapatan dan membina masa depan yang lebih cerah.

"Usaha ini melangkaui keuntungan, ia adalah manifestasi kita menjiwai semangat kemasyarakatan dan berbelas kasihan atas prinsip saling membantu,” ujarnya yang menerima pengiktirafan sebagai ‘Best Performing Creator, Creator Affiliate’ sempena Sidang Kemuncak Penjual TikTok Shop 2023 dan ‘Top Performing Creator’ sempena Kempen Ramadan-Raya 2023.

TikTok Shop bukan hanya sekadar platform e-dagang semata-mata, sebaliknya turut memainkan peranan besar kepada pembangunan komuniti.

Dalam pada itu, TikTok Shop dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, platform tersebut sentiasa menyokong perniagaan tempatan melalui pelbagai inisiatif seperti #JOMLokal.

Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu telah meningkatkan keterlihatan jenama-jenama tempatan daripada perniagaan tradisional sehingga kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Malah, usaha itu turut menggalakkan lagi penerapan digital dalam kalangan usahawan tempatan.