PM akan bertemu Petronas bincang mengenai projek di Pengerang

Iklan
Anwar bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican (depan, dua kiri) pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini pada Selasa. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) minggu ini untuk membincangkan mengenai projek syarikat minyak negara dengan Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.

Beliau berkata, komitmen Saudi Aramco untuk memperluaskan fasilitinya di Pengerang akan mengembang tetapi masih terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan dengan Petronas.

Iklan
Iklan

"Saya akan bincangkan dengan Petronas dalam masa satu-dua hari ini kerana ada tiga perkara pokok, dua sudah selesai..satu ada masalah sedikit yang harus kita putuskan di peringkat kerajaan,” katanya ketika berucap pada perhimpuan bersama warga Kementerian Kewangan di sini pada Selasa.

Pada Oktober tahun lepas, Anwar dilaporkan berkata bahawa Saudi Aramco komited untuk memperluaskan fasilitinya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia dan gas supaya ia menjadi hab terbesar di Asia Tenggara.

Iklan

Saudi Aramco ialah salah satu daripada syarikat tenaga dan kimia bersepadu terbesar di dunia.

Presiden (Hiliran) Aramco, Mohammed Y. Al Qahtani, berkata syarikat itu teruja dengan projek Pengerang dan bersedia untuk bukan hanya mengekalkan operasi, malah potensi mengembangkannya pada masa hadapan. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!