Keseimbangan kerja, kehidupan idaman pekerja muda
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa. (Gambar kecil: Siti Nur Fatehah, Muhammad Nor Fariz, Nurhafizaulfa, Sharifah)
SHAH ALAM - Budaya kerja yang mengutamakan fleksibiliti, work-life balance atau keseimbangan kerja kehidupan dan peluang peningkatan kerjaya antara keinginan atau impian pekerja golongan muda bawah 30-an sekiranya berkhidmat dalam sesebuah syarikat.
Pembantu pengurusan, Siti Nur Fatehah Mazlan, 28, berkata, budaya tersebut mampu mendorong motivasi staf untuk bekerja secara produktif dan berupaya menjana idea baharu serta relevan dengan keadaan semasa demi kepentingan majikan.