Penyelia 'ladle crane' maut jatuh dari ketinggian 20 meter

Iklan
Gambar hiasan

BUTTERWORTH - Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane di sebuah kilang pembuatan di sini, pada Ahad.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Hairozie Asri berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa rakyat tempatan berusia 51 tahun sedang menyelia kerja-kerja penyelenggaraan ladle crane oleh pekerja di kilang berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sepasukan pegawai penyiasat JKKP Pulau Pinang telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian itu.

"Mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Iklan

Sehubungan itu, Hairozie berkata, notis pemberhentian kerja serta-merta dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Beliau berkata, majikan turut diarahkan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian, langkah penambahbaikan dan membentangkan kes kepada JKKP.

Iklan

Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan serta kesihatan di tempat kerja. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!