Northport anjur ‘Raya Anugerah’ hargai warga kerja

Iklan
Penasihat Kumpulan Yayasan Albukhary (tengah), Datuk Seri Abdul Aziz Shahar dan Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof bersama tetamu dan kakitangan di Majlis Hari Raya Anugerah Northport.

SHAH ALAM - Northport (Malaysia) Bhd (Northport) menganjurkan acara Rumah Terbuka Hari Raya dengan menghimpunkan komuniti besar syarikat yang merangkumi para pelanggan, rakan kongsi perniagaan, agensi kerajaan, ketua komuniti dan pihak berkepentingan lain.

Dengan bertemakan ‘Raya Anugerah’, majlis berkenaan melambangkan nilai kesyukuran dan mencerminkan usaha perjalanan menuju kecemerlangan yang dilakukan oleh Northport sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Reinventing Northport’ sejak tahun 2016.

Iklan
Iklan

Majlis tersebut juga diadakan bagi menghargai dedikasi dan usaha setiap warga kerja Northport dengan mengiktiraf pencapaian individu mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, tema berkenaan diselarikan dengan semangat Aidilfitri yang menekankan rasa kesyukuran di atas nikmat yang diperoleh setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Iklan

"Saya sering mengingatkan kakitangan kami supaya sentiasa bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan.

Selebriti tempatan, Datuk Rosyam Nor (lima dari kanan) menyampaikan hadiah 'Pakaian Tercantik' kepada kakitangan Northport semasa Majlis Hari Raya Anugerah Northport 2024.

"Sama ada dalam bentuk prestasi perniagaan, kesihatan, kerja berpasukan atau pengalaman pembinaan karakter yang membolehkan kami mencapai kecemerlangan dan meletakkan Northport sehingga ke tahap ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Ujar beliau, sejak tahun 2016, Northport telah memenangi sebanyak 23 anugerah dan pengiktirafan, mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan dalam pelbagai aspek operasi perniagaan.

"Dengan keberkatan dan kemakmuran yang telah kita kecapi, saya sering mengingatkan kakitangan kami supaya tidak leka dan terus proaktif dalam mengekalkan dan memperbaiki pencapaian syarikat.

"Setiap kejayaan dan rezeki yang kita terima selama ini, hadir bersama kewajipan atau tanggungjawab untuk kita berkongsi dengan mereka yang memerlukan dan ia memberi impak bermakna kepada kehidupan orang lain serta menyumbang secara positif kepada komuniti,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut berbangga dengan peranan syarikat sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab, memacu kejayaan dan memartabatkan legasi kecemerlangan Pelabuhan Klang.

"Melangkah ke hadapan, kami komited untuk terus membina kejayaan berlandaskan pencapaian terdahulu dengan keazaman yang tidak berbelah bahagi dan terus berusaha untuk menjadi pelabuhan lebih selamat, lebih hijau, lebih pintar serta lebih baik,” ujar Azman.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!