Cadangan penubuhan maktab perguruan tahfiz perkukuh sistem pendidikan tahfiz

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad.

SHAH ALAM – Cadangan penubuhan maktab perguruan tahfiz di negara ini menjadi salah salah kaedah untuk memperkukuhkan lagi sistem pendidikan tahfiz dan usaha pembangunan al-Quran secara menyeluruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya menyambut baik cadangan yang dikemukakan Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta), Ustaz Mohd Zahid Mahmood itu.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, untuk memperkukuh sistem pendidikan tahfiz, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dengan kerjasama pihak berkuasa agama Islam negeri termasuk persatuan tahfiz.

"Pada masa sama untuk memperkasa kemahiran pengurusan, pembelajaran dan pengajaran di kalangan guru tahfiz dan pengurusan tahfiz, Jakim dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Aminuddin Baki telah melaksanakan program-program latihan kepada pihak yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Sinar Harian pada Ahad melaporkan Mohd Zahid berkata, maktab perguruan tahfiz perlu diwujudkan di negara ini bagi memudahkan tugas merekod segala data peribadi guru serta ustaz yang terlibat dalam institusi berkenaan.

Kata beliau, ia juga dilihat sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan institusi tersebut sekali gus menjadikan mereka yang berada di dalamnya profesional dalam mengurus pelajar.

Iklan

Menurutnya, penubuhan maktab itu dapat berfungsi dalam mencegah berlakunya kes-kes negatif dan memalukan melibatkan institusi berkenaan sejak akhir-akhir ini.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im menjelaskan, Jakim juga memperkenalkan sistem pengiktirafan kepada institusi tahfiz dengan mewujudkan Jawatankuasa Akreditasi Tahfiz di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK).

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yakin bahawa semua inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan akan dapat memperkukuh usaha-usaha pembangunan Al-Quran secara menyeluruh seterusnya mengisi makna pembinaan Malaysia Madani,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!