Tiga pegawai kanan direman empat hari, seorang disambung reman tiga hari

Iklan
Empat pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu untuk permohonan reman.

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah, manakala seorang lagi pegawai kanan disambung reman tiga hari bagi siasatan tuntutan palsu.

Perintah reman terhadap kesemua individu terbabit sehingga 9 Mei itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Nik Haibri Muhamad selepas menerima permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada Isnin.

Iklan
Iklan

Tiga yang baru direman itu akan disiasat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Seorang pegawai yang ditahan pada 30 April pula disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2019 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.

Iklan

Dia sebelum ini direman selama enam hari dan tamat pada Isnin.

Kesemua mereka yang berusia antara 40 hingga 49 tahun itu disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat.

Iklan

Tiga daripada mereka ditahan jam 7.30 malam Ahad ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

Sebelum itu, kesemua mereka berpakaian lokap dilihat tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada jam 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!