TH permudah proses jemaah haji masuk Raudah

Iklan
Program ziarah dalam antara aktiviti yang disediakan pihak TH kepada 31,600 jemaah haji.

MADINAH - Tabung Haji (TH) akan mempermudahkan proses jemaah haji bagi musim 1445H/2024 untuk memasuki Raudah yang merupakan salah satu program ziarah dalam sepanjang enam hari di Madinah.

Naib Konsul Haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin berkata, jemaah haji tidak perlu mengisi sendiri aplikasi Nusuk, sebaliknya pihak TH akan membuat permohonan jemaah secara berkumpulan mengikut kumpulan penerbangan (KT) dan jemaah akan disusun berdasarkan tarikh ketibaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua permohonan jemaah akan diisi oleh pihak TH secara berkumpulan bagi mengelakkan kesilapan dalam mengisi Nusuk jika dibuat secara individu.

"Bagi menggelakkan salah faham, semua permohonan jemaah haji kita akan isi dan tolong mohon dalam sistem secara kumpulan dan tidak boleh buat secara individu.

Iklan
Setiap kumpulan jemaah haji akan dipimpin oleh pembimbing ibadah haji atau guru agama yang akan membawa ke Raudah.

"Insya-ALLAH seramai 31,600 jemaah kita akan buat permohonan rasmi dan kelulusan bergantung kepada pengurusan Masjid Nabawi," katanya dalam satu sidang media.

Menurutnya, petugas TH akan membantu jemaah haji yang uzur dan tiada waris untuk bergerak dari penginapan sehingga ke Masjid Nabawi.

Iklan

Beliau berkata, setiap kumpulan jemaah haji akan dipimpin oleh pembimbing ibadah haji atau guru agama yang akan membawa ke Raudah.

"Permit rentas akan diberikan kepada penjaga pintu dan jemaah akan memasuki Raudah ikut slot masa," katanya.

Raudah merupakan taman syurga dan tempat yang mustajab doa.

Selain ziarah dalam, Ashrof memberitahu, TH juga menyediakan aktiviti ziarah luar yang meliputi lawatan ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan juga Bukit Uhud bagi melihat kesan sejarah zaman Rasulullah.

"Jemaah akan gerak secara kumpulan ikut KT dan setiap bas ada seorang muzawir bagi memberi pemahaman sepanjang ziarah luar.

"Kita harapkan jemaah ambil kebaikan pelajaran, pengalaman dalam setiap tempat yang dilawati," katanya.

Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia tahun ini dijadualkan pada 9 Mei, manakala bagi penerbangan terakhir jemaah haji ke Arab Saudi pula dijadualkan pada 9 Jun ini.

Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi tahun 1445H/2024 dan seramai lebih 600 orang telah terpilih menjadi petugas TH bagi tahun ini.

Masjid Nabawi merupakan lokasi pertama dalam ziarah dalam yang akan dirasai jemaah haji.

Sementara itu, Ashrof turut berharap jemaah haji sentiasa mendapat maklumat tepat daripada TH dan mengikuti arahan TH sepanjang berada di tanah suci sehingga pulang ke tanah air.

"Seperti tahun lepas kita buat 'WhatsApp Grup' yang dibuat sebelum berlepas dan ini menjadi saluran komunikasi penting antara petugas dengan jemaah haji," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!