Pusat Kajian Malaysia yang pertama di Jepun kini dibuka

Iklan
Shahril Effendi (tiga dari kiri) bersama deligasi Malaysia sempena pembukaan Pusat Kajian Malaysia di Jepun bertempat di Bangunan Makmal Penyelidikan, Universiti Soka, Tokyo.

SHAH ALAM - Buat julung kalinya Pusat Kajian Malaysia di Jepun dibuka secara rasmi bermula 25 April lalu, bertempat di Bangunan Makmal Penyelidikan, Universiti Soka, Tokyo bagi menggalakkan kerjasama penyelidikan antarabangsa terhadap isu sosial di kedua-dua negara.

Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany berkata, ia juga bertujuan untuk mempromosikan penyelidikan berkaitan Malaysia daripada perspektif kemanusiaan dan sains sosial.

Iklan
Iklan

"LEP menjadi salah satu pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pendidikan di Malaysia melalui penekanan terhadap pemindahan kemahiran, budaya kerja, pengetahuan, disiplin serta nilai murni masyarakat Jepun menerusi penglibatan pelajar dan pelatih yang menyambung pelajaran termasuk latihan di negara berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hadir sama ke majlis perasmian tersebut Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kadaruddin Aiyub dan Dekan Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Hanafi Hussin.

Iklan
Shahril Effendi (dua dari kiri) ketika melakukan lawatan ke Pusat Kajian Malaysia di Jepun yang dibuka secara rasmi 25 April lalu di Bangunan Makmal Penyelidikan, Universiti Soka, Tokyo.

Tambah Shahril Effendi, Pembukaan Pusat Kajian Malaysia ini juga bertepatan dengan objektif Perkongsian Strategik dan Komprehensif Malaysia-Jepun yang diumumkan oleh kedua-dua pemimpin negara, Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Presiden Soka Universiti, Profesor Suzuki Masashi berkata, pusat kajian tersebut akan berfungsi sebagai mercu tanda kerjasama penyelidikan antarabangsa, dengan memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran masyarakat yang dihadapi oleh kedua-dua negara.

Iklan

"Kerjasama di antara Universiti Soka dan institusi akademik di Malaysia bermula sejak 1988 apabila mendiang Pengasas Universiti Soka, Dr Daisaku Ikeda memulakan kerjasama dengan UM.

"Kerjasama tersebut telah membuka peluang bagi pertukaran akademik, penganjuran simposium serta inisiatif penyelidikan berimpak tinggi.

"Kini Universiti Soka turut melebarkan rangkaian pendidikannya di Malaysia dengan membuka Sekolah Antarabangsa Soka di Negeri Sembilan dan Tadika Seri Soka di Cheras, Selangor," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!