Faisal Halim stabil, alami kecederaan selepas disimbah asid

Iklan
Laporan Sinar Harian (kiri) dan Hussein

SHAH ALAM - Polis mengesahkan kejadian melibatkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang mengalami kecederaan selepas disimbah asid dalam kejadian di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Petaling Jaya pada Ahad.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kira-kira jam 5.51 petang berhubung kejadian berkenaan.

Iklan
Iklan

"Panggilan dibuat oleh orang awam memaklumkan berkaitan kejadian melibatkan mangsa yang merupakan pemain kebangsaan mengalami kecederaan akibat disimbah cecair dipercayai asid.

"Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad

Iklan

Pada Ahad, media melaporkan Faisal Halim cedera disimbah asid ketika berada di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.

Difahamkan kejadian berlaku ketika pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.

Iklan

Kejadian mengakibatkan Faisal mengalami kecederaan di muka dan badan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!