Maritim Malaysia pamer konsep 'infotainment' di DSA, NATSEC Asia 2024

Iklan
Saiful Lizan (kiri) melihat reruai Maritim Malaysia sempena pameran DSA dan NATSEC 2024 di MITEC pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan menampilkan konsep 'infotainment' pengoperasian agensi berkenaan dalam pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, melalui konsep maklumat hiburan itu, pengunjung akan diberikan peluang untuk merasai pengalaman sebagai anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.

Iklan
Iklan

"Pengunjung dapat merasai operasi penguatkuasaan di atas bot seperti 'force boarding' serta operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) dari udara menggunakan kaedah 'winching' melalui penggunaan 'virtual reality' (VR)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan persiapan akhir di reruai Maritim Malaysia di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC) di sini, pada Ahad.

Iklan

Turut hadir, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari Ahmad Omar.

Saiful Lizan berkata, pameran itu merupakan penyertaan kali ketiga Maritim Malaysia.

Iklan

"Maritim Malaysia turut mempamerkan beberapa model kapal termasuk replika Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) iaitu Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah yang mula beroperasi pada awal tahun ini selain aset udara," katanya.

Mengulas lanjut, Saiful Lizan turut menjangkakan reruai Maritim Malaysia bakal menarik perhatian pengunjung dengan penampilan pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dengan pakaian Army Combat Uniform (ICU) dan Black Multicam bersama-sama senjata jenis rifle HK 416, HK UMP dan pistol HK SFP9 SF.

"Di samping itu, pengunjung dapat melihat juruterbang pesawat Maritim Malaysia yang berpakaian lengkap untuk tugasan penerbangan serta pakaian pegawai Maritim Malaysia untuk operasi di perairan negara," katanya.

Terdahulu, Saiful Lizan memaklumkan penyertaan Maritim Malaysia sempena DSA dan NASTEC Asia 2024 adalah bagi mempamerkan keupayaan teknologi keselamatan agensi itu.

Selain itu, katanya, memberi peluang kepada pegawai dan anggota agensi itu untuk membina hubungan dengan organisasi lain dalam industri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!