PRK KKB: Dua individu diberkas, guna gambar Agong ketika berkempen

Iklan
Sebuah kenderaan pacuan empat roda didapati menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika kempen PRK Kuala Kubu Baharu

HULU SELANGOR - Dua lelaki diberkas selepas pacuan empat roda yang dinaiki menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan sebelum itu dibuat seorang individu di Balai Polis Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 6.18 petang pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Laporan tersebut berkaitan penggunaan gambar Yang di-Pertuan Agong atas kenderaan yang membawa sepanduk serta belakang gambar berkenaan terdapat bendera Pakatan Harapan.

"Siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda berwarna hijau itu dinaiki dua lelaki tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, bertindak atas maklumat, polis kemudiannya menahan dua suspek terbabit serta merampas kenderaan berkenaan.

"Selain itu, kenderaan pacuan empat roda jenis Mazda berkenaan turut dirampas untuk siasatan lanjut," katanya.

Iklan

Ahmad Faizal berkata, siasatan berhubung kejadian terbabit dijalankan di bawah Seksyen 4 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

"Kedua-dua suspek kini direman tiga hari untuk siasatan berkaitan kejadian.

"Semua pihak diingatkan agar tidak memainkan isu sensitif terutamanya melibatkan 3R iaitu raja, bangsa dan agama yang boleh mewujudkan ketidakharmonian dan ketenteraman masyarakat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!