Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin ketika berucap dalam Konvensyen Bersatu Sabah di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil taklimat menerusi pertemuan dengan ketua bahagian di negeri ini beliau melihat parti itu itu masih mempunyai peluang untuk membina kerajaan Perikatan Nasional (PN) semula.

Iklan
Iklan

"Tambah keahlian kita seberapa yang mungkin, saya tidak mahu sentuh dasar yang besar. Cawangan sini buka, jangan halang dan disekat.

"Kita nak sampai pilihan raya, kita perlu menggerakkan tenaga yang ada, siapa nak buat kerja kalau di satu bahagian itu ada 40,000 pengundi, mungkin ada 100,000 penduduk tapi kita ada 500 ahli saja," katanya ketika berucap pada Konvensyen Bersatu Sabah di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, pihak pimpinan perlu bekerja keras untuk mencari keahlian dan ambil peluang daripada perkembangan situasi keahlian parti lain yang kini dilihat menunjukkan kekecewaan pada parti sendiri.

"Saya ingat sejarah waktu mana Bersatu mula ditubuhkan di bawah pimpinan saya di Semenanjung, masuk ke Sabah bersusah payah kita sampai siang malam, pergi pelusuk kampung rumah panjang, pasar malam, bazar Ramadan cari ahli dan mencari ahli bukan mudah.

Iklan

"Seperti juga di Sabah, di negeri-negeri lain sudah ada orang menjadi ahli-ahli parti politik yang sudah ada. Tapi sekarang ini, saya lihat ada suatu perkembangan yang boleh memberikan faedah kepada kita sama ada di Sabah atau Semenanjung, ramai ahli UMNO sudah kecewa.

"Maksud saya bahawa kita mesti ada suatu matlamat yang jelas supaya kita dapat terus berjuang bina kekuatan, bina parti kita, ahli kita mesti ramai bekerja siang malam, cawangan kita banyak. Kalau dalam tempoh setahun dari sekarang pilihan raya diadakan, kita boleh gandakan bilangan ahli kita yg ada sekarang 50,000 kepada 100,000," katanya.

Sebelum itu, turut hadir ialah Naib Presiden Bersatu merangkap Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!