Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata

Iklan
Osama Hamdan memaklumkan rundingan mencapai beberapa perkembangan positif. Foto X/@Sprinterfactory

KAHERAH - Delegasi Hamas dilaporkan kini berada di Kaherah, Mesir, untuk rundingan gencatan senjata dan pembebasan tebusan.

Namun beberapa syarat rundingan kekal, termasuk keinginan Israel untuk meneruskan operasi ketenteraan di Rafah.

Iklan
Iklan

Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Ini susulan cadangan terbaharu yang akan menghentikan perang di Gaza selama 40 hari dan pertukaran tahanan Palestin dengan Israel.

Iklan

Menurut sumber Al Jazeera, rundingan kini berada di fasa kritikal.

Jurucakap kanan Hamas Osama Hamdan memaklumkan rundingan mencapai beberapa perkembangan positif.

Iklan

Di pihak Israel, ia mengulangi kenyataan di sebalik rundingan yang berpotensi dipersetujui, iaitu akan meneruskan pencerobohan di Rafah.

Sebelum ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi bantuan mengeluarkan amaran operasi darat di Rafah akan mencetuskan bencana buat 1.5 juta penduduk yang berlindung di kawasan itu. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!