Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang

Iklan
Anwar menyantuni kanak-kanak pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Khalifah Jelutong, malam Sabtu. Foto Bernama

GEORGE TOWN - Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.

Anwar yang tiba pada jam 11 malam, disambut oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri yang mempunyai jadual padat di Perak dan Kedah pada Sabtu, meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni ribuan masyarakat setempat termasuk 121 pelajar tahfiz Madrasah Tahfiz Darul Ukasha dan Madrasah Pengajian Al-Ihsan

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemimpin nombor satu negara pada majlis itu, yang turut diserikan dengan cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak.

Iklan

Terdahulu, Anwar hadir di beberapa program termasuk Jalinan Kasih Madani Bersama Komuniti Cina Parlimen Tambun di Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor; Majlis Ramah Mesra Raya Madani dan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi Negeri Perak 2024 sebelum berlepas ke Kedah bagi Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.

Jadual beliau di Pulau Pinang pada Ahad akan bermula dengan Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pemimpin Masyarakat Di Permatang Pauh diikuti Majlis Penutup Program Madani Rakyat Zon Utara 2024 dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini.

Iklan

Seterusnya, beliau dijadualkan hadir ke Kenduri Aidilfitri Perpaduan di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam pada tengah hari. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!