Gemar melayan, mudah masuk perangkap

Iklan
Sindiket penipuan atau scammer akan menjanjikan keseronokan dan kemewahan dengan pelbagai tawaran sebelum mangsa menyedari mereka tertipu. - Gambar hiasan, gambar kecil: Shahul Hamid

PUTRAJAYA - Sikap gemar melayan panggilan telefon bimbit atau mesej daripada individu tidak dikenali merupakan permulaan kepada perangkap yang menjurus kepada jenayah komersial.

Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, meskipun banyak laporan mengenai jenayah komersial, namun masih ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa disebabkan sikap ambil ringan terhadap perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai segelintir rakyat Malaysia yang mudah terperangkap dengan penipuan sindiket jenayah komersial, antaranya melibatkan pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa.

Shahul Hamid berkata, sindiket penipuan atau scammer akan menjanjikan keseronokan dan kemewahan dengan pelbagai tawaran sebelum mangsa menyedari mereka tertipu.

Iklan

"Apabila mendapat panggilan atau mesej, mangsa akan jadi seronok apabila ditawarkan pelbagai janji manis.

"Memang pada awalnya penjenayah ini menunaikan apa yang dijanjikan, tetapi apabila matlamat mereka tercapai, di situlah baru mangsa akan ditipu,” ujarnya.

Iklan

Shahul Hamid berkata, ramai yang menjadi mangsa jenayah komersial ini adalah mereka yang berpendidikan tinggi.

"Oleh itu, kalau tidak kenal siapa yang membuat panggilan atau WhatsApp, janganlah layan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!