Akaun 3 KWSP patut jadi pilihan pengeluaran terakhir
Iklan
Pengeluaran yang kerap dari Akaun Fleksibel boleh menyebabkan pengurangan jumlah simpanan keseluruhan yang akan mempengaruhi pendapatan pencarum setelah bersara. Gambar dari kiri: Muhamad Zharif Luqman, Mohd Faisol
SHAH ALAM - Seringkali diingatkan bahawa Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah simpanan kecemasan pada masa terdesak, namun kemudahannya dalam membenarkan pengeluaran pada bila-bila masa dengan amaun minimum RM50 berisiko mengakibatkan kesan buruk terhadap pencarum.
Ramai beranggapan Akaun Fleksibel ini umpama akaun bank, boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk memenuhi kehendak seperti membayar pendahuluan membeli kereta baharu atau membeli telefon bimbit.