PM meriahkan Rumah Terbuka Persatuan Khalifah Jelutong

Iklan
Anwar menerima cenderamata daripada Penasihat Persatuan Khalifah Jelutong, Sulaiman Saad (tiga dari kanan) pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Khalifah Jelutong malam ini.

GEORGE TOWN - Ribuan pengunjung khususnya penduduk di sekitar Jelutong di sini, tidak melepaskan peluang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong yang diadakan di Jalan Kota Giam pada Sabtu.

Lebih bermakna, majlis rumah terbuka yang diadakan setiap tahun bersama komuniti setempat dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Tambun itu tiba di majlis rumah terbuka terbabit kira-kira jam 11 malam dekat sini, sebaik selesai menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Tasik Darul Aman, Jitra.

Kehadiran beliau disambut Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi Persatuan Khalifah Jelutong, Ali Mubarak.

Iklan
Anwar tiba di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong kira-kira jam 11 malam selepas beliau selesai menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Tasik Darul Aman, Jitra pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim dan Penasihat Yayasan Global Mesra, Datuk Seri Salim Abdul Rahman.

Anwar sempat meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk beramah mesra dengan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat dan sempat merakamkan gambar bersama ahli Persatuan Khalifah Jelutong sebelum meninggalkan majlis pada jam 11.40 malam.

Iklan

Pada Ahad, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat di Permatang Pauh sebelum menghadiri Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong pada jam 9.45 pagi.

Mengakhiri jadual lawatan kerjanya di Pulau Pinang, Perdana Menteri akan kembali ke kampung halamannya bagi menghadiri Kenduri Aidilfitri Perpaduan Bersama Perdana Menteri di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun pada jam 2 petang sebelum berangkat pulang ke ibu negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!