Beza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan

Iklan
Anwar ketika hadir meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah di Jitra malam Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi manfaat serta kesejahteraan rakyat.

Anwar, ketika hadir meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah di Jitra malam ini, menyinggung (menyentuh) soal akhlak dan adab dalam perbezaan pandangan.

Iklan
Iklan

"Islam mengizinkan kita berbeza pandangan dalam soal tafsiran, pendekatan, strategi dan keutamaan namun ia perlu diuruskan secara beradab dan berhemah,” katanya dalam hantaran di laman Facebook pada malam Sabtu.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Kerajaan Negeri Kedah yang memberikan kerjasama penuh dalam penganjuran majlis itu meskipun berbeza pandangan politik.

Iklan

Ketika berucap, Anwar berkata, beliau mengambil maklum betapa Kedah mempunyai peranan penting dari segi pengeluaran hasil padi dan memastikan keterjaminan makanan namun pada masa sama, kelompok penanam padi di negeri itu kekal miskin.

"Justeru, saya tekankan betapa kementerian dan agensi Persekutuan perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan usaha-usaha membangunkan negeri Kedah khususnya bagi membasmi kemiskinan.

Iklan

"Ini termasuklah usaha meningkatkan pendapatan petani menerusi lonjakan hasil padi yang memerlukan perbelanjaan RM5 bilion daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!