Kerajaan setuju tanah di kawasan MADA dipindah kepada komersial - PM

Iklan
Anwar (tengah) menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra, pada Sabtu.

JITRA - Kerajaan Persekutuan membenarkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menukar status kawasan sawah kepada kegunaan komersial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi membuat permintaan itu untuk meningkatkan pendapatan Kedah yang bergantung kepada hasil pertanian sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Bagi memenuhi keperluan, kita beri pertimbangan beberapa kawasan milik MADA dipindahkan untuk dijadikan perumahan, industri dan perniagaan.

"Untuk itu, Kerajaan Persekutuan secara dasar bersetuju dan saya minta pegawai runding segera bagi meningkatkan pendapatan Kedah," katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra, di sini pada Sabtu.

Iklan

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Muhammad Sanusi serta beberapa menteri Kabinet.

Anwar menambah, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan harga padi sejak tahun lepas tetapi ia tidak mencukupi.

Iklan

Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan juga bersetuju meningkatkan peruntukan bagi projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan MADA bagi menjayakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun.

Beliau berkata, peruntukan bagi projek itu, yang sebelum ini membabitkan RM3 bilion, telah dinaikkan kepada RM5 bilion.

Sebelum itu, Anwar sempat berseloroh bahawa dirinya merupakan individu amat mudah untuk berbincang.

"Sebab itu saya kata kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi (Menteri Besar Kedah) bahawa saya ini mudah kalau cakap elok-elok. Ia kerana kerjasama kita untuk bantu selesaikan masalah rakyat.

"Kita ada berbeza pendapat sedikit dalam cara pendekatan tetapi itu tidak jadi masalah,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!