KPDN terima 15,753 aduan kepenggunaan

Iklan
Fuziah (tiga kanan) ketika melihat barangan jualan sempena Hari Pengguna Kebangsaan Tahun 2024 peringkat Negeri Sembilan pada Sabtu.

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima 15,753 aduan kepenggunaan termasuk 7,711 aduan dilaporkan melalui Aduan Suri bagi tempoh Januari hingga April lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, aduan tertinggi menerusi platform Aduan Suri adalah berkaitan transaksi dalam talian sebanyak 2,105 diikuti aduan berkaitan harga (1,978) dan perkhidmatan mengelirukan (1,342).

Iklan
Iklan

"KPDN menerima lebih 50 peratus aduan dalam kalangan lelaki menerusi Aduan Suri yang dilihat saluran paling popular setakat ini dan mudah digunakan.

"Sebanyak 95 peratusan aduan diselesaikan dan bakinya masih dalam tindakan kementerian," katanya kepada pemberita selepas selesai majlis sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Tahun 2024 peringkat Negeri Sembilan di sini pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu katanya, bagi tempoh sama, KPDN Negeri Sembilan telah merekodkan 479 aduan kepenggunaan dan 443 daripadanya berjaya diselesaikan.

"Dalam tempoh tersebut, aduan berkaitan harga barangan adalah aduan tertinggi diterima iaitu sebanyak 135 aduan, diikuti aduan mengenai transaksi dalam talian dan perkhidmatan mengelirukan masing-masing sebanyak 123 serta 58 aduan.

Iklan

"KPDN Negeri Sembilan juga telah menerima sebanyak 231 aduan melalui saluran Aduan Suri dengan sebanyak 217 aduan berjaya diselesaikan.

"Secara kesimpulannya, didapati 48.23 peratus aduan telah dibuat melalui Aduan Suri di Negeri Sembilan dan sebanyak 93.94 peratus telah berjaya diselesaikan, manakala selebihnya dalam tindakan pihak kementerian," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!