Pemohon rayuan haji sudah mula terima jawapan

Iklan
Mohd Nai'im ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka, pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pemohon yang membuat rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M telah mula menerima jawapan masing-masing sama ada permohonan mereka diluluskan ataupun tidak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan dan jumlah kuota yang diluluskan Kerajaan Arab Saudi untuk jemaah haji Malaysia.

Iklan
Iklan

"Lembaga Tabung Haji (TH) ada jawatankuasa khas yang dibentuk untuk meneliti semua permohonan rayuan haji dan setelah ambil kira permohonan yang dikemukakan oleh perayu, maka 31,600 kuota dah dipenuhi dan pada 9 Mei kapal terbang pertama akan berangkat ke Tanah Suci,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka di sini pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut hadir pada majlis itu menyantuni dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim, pelajar tahfiz dan ibu tunggal.

Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini dengan kelulusan itu diberikan berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini.

Iklan

TH dilaporkan menerima lebih 80,000 rayuan haji sejak ia dibuka pada 26 Jan lepas.

Sementara itu ditanya mengenai kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh berhubung tindakan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Mart, bertentangan dengan ajaran dan tindakan Rasulullah, Mohd Na’im berkata, beliau menghormati dan akan meneliti pandangan tersebut.

"Isu boikot ini pilihan individu dan kita menghormati pandangan Mufti Perak dan InsyaAllah kita akan teliti,” katanya.

Mengenai program ramah mesra tersebut, Mohd Na'im berkata, ia menghimpunkan 130 masjid dan surau Jumaat yang menyediakan juadah Hari Raya dan menyantuni tetamu daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama selaras dengan semangat muhibah masyarakat Madani. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!