Nyamuk Aedes berwolbachia

Iklan
Wolbachia merupakan sejenis bakteria yang diperkenalkan ke dalam Nyamuk Aedes Aegypti.

Wolbachia bertindak merencat perkembangan virus denggi dalam badan nyamuk dan seterusnya menghalang jangkitan virus denggi kepada manusia.

Nyamuk Aedes berwolbachia tidak memberi kesan sampingan kepada manusia, haiwan dan alam sekitar.

Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan 2,824 kes sehingga minggu epidemiologi ke-17 tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Zon A Desa Anggerik merupakan lokaliti pertama di negeri ini, dipilih berdasarkan beberapa faktor ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu antaranya dari segi bebanan kes demam denggi dan kerjasama baik daripada penduduk.