Pesawat ringan terhempas di Besout, Tanjung Malim

Iklan
Sebuah pesawat ringan dipercayai terhempas di sebuah ladang di Besout 2 Tambahan di sini pagi tadi. Foto Ihsan Polis Perak

TANJUNG MALIM - Sebuah pesawat ringan dipercayai terhempas di sebuah ladang di Besout 2 Tambahan di sini pagi tadi.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.55 pagi melibatkan pesawat yang belum dikenal pasti.

Iklan
Iklan

Berdasarkan maklumat awal, pesawat tersebut dinaiki dua mangsa masing-masing seorang lelaki dan wanita.

Kedua-dua mangsa juga dilaporkan mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.

Iklan

Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!