PRK KKB: PN masih 'kunci mulut' mengenai manifesto

Iklan
Ahmad Faizal (tengah) ketika sidang akhbar selepas melancarkan Gempur Wanita PN di Batang Kali pada Sabtu.

HULU SELANGOR - Memasuki minggu kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Perikatan Nasional (PN) masih berteka-teki sama ada akan membentangkan manifesto calon atau sebaliknya.

Malah Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hanya memberi bayangan bahawa gabungan itu mungkin akan memperkenalkan manifesto apabila tiba masa sesuai.

Iklan
Iklan

"Kita akan umumkan sebelum pilihan raya, bila tiba masanya.

"Tetapi (tawaran) yang jelas hari ini kepada orang Kuala Kubu Baharu, kami telah menawarkan seorang calon anak tempatan yang berkelayakan, berkebolehan dan faham tentang permasalahan tempatan," katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Wanita Gempur PN di Batang Kali,m pada Sabtu.

Ahmad Faizal (tengah) ketika melancarkan Gempur Wanita PN di Batang Kali pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu diminta mengulas mengenai intipati manifesto yang bakal ditawarkan kelak, Ahmad Faizal bagaimanapun menjelaskan, ia tidak akan diuar-uarkan kerana berkaitan strategi kempen.

"Kami masing-masing ada strategi, PN ada strategi untuk calonnya.

Iklan

"Untuk calon bila nak masuk kampung Melayu, dia (calon PH) pakai tudung, selendang. Itu strategi mereka.

"Tetapi kami juga ada strategi yang akan diumumkan bila masa sesuai," ujarnya.

Sementara itu ketika ditanya peluang PN merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, bekas Ahli Parlimen Tambun itu yakin Khairul Azhari Saut mampu melakar kejayaan.

"Kami amat yakin dengan penambahan seorang lagi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) daripada PN yang mewakili kawasan ini. Suara rakyat akan dibawa lantang dalam DUN Selangor.

"Walaupun tidak memimpin kerajaan negeri, PN masih dapat membawa segala permasalahan rakyat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!