Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu

Iklan
Antara yang ditahan dalam serbuan JIM di pusat hiburan sekitar Jalan Puchong Mesra, Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Helah tawar khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) di dua pusat hiburan yang beroperasi di premis tanpa papan tanda di Jalan Puchong Mesra, di sini, terbongkar dalam serbuan pada Sabtu.

Dalam serbuan itu, Jabatan Imigresen (JIM) berdepan kesukaran apabila premis karaoke itu dilengkapi dengan pintu besi selain kamera litar tertutup (CCTV).

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, secara keseluruhan, seramai 156 individu diperiksa menerusi Op Gegar, Op Selera dan Op Kutip di sekitar kawasan itu.

Menurutnya, seramai 90 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.

Iklan

"Empat warga tempatan turut ditahan disyaki menggajikan dan melindungi PATI, manakala yang lain merupakan warga China (tujuh), Vietnam (44), Thailand (dua), Myanmar (seorang) dan Bangladesh (11).

Turut hadir Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Antara yang ditahan dalam serbuan JIM di pusat hiburan sekitar Jalan Puchong Mesra, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Iklan

Jafri berkata, operasi bermula pukul 11.30 malam (Jumaat) sehingga pukul 3 pagi itu dibuat susulan aduan awam dan risikan selama satu bulan.

Ujarnya, JIM akan membuat proses verifikasi terhadap kesemua tangkapan termasuk wanita warga asing yang mendakwa kehadirannya ke pusat hiburan sekadar untuk minum dan bertemu dengan rakan.

"Pihak Imigresen tidak akan berkompromi dengan pihak melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk warga tempatan yang bersekongkol melindungi dan menggajikan PATI," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!