Wira Merah terus melangkah jauh
Iklan
Anggota JBPM merangkul gelaran johan dan naib johan dalam dua acara utama pada Firefighter and Paramedic Challenge 2023 di Singapura.
PUTRAJAYA - Tidak mahu lagi berada di takuk lama, sebaliknya mengorak langkah ke satu tahap lebih tinggi terutama dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.
Bukan sahaja terlibat dalam memadam kebakaran dan aksi penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) perlu melangkah jauh ke hadapan dalam apa juga bentuk perancangan masa depan negara.