Yakult bantu tingkat kesedaran kesihatan golongan ibu

Iklan

SHAH ALAM - Pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd (Yakult) menyemarakkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat dengan menganjurkan program"Usus Sihat, Ibu Hebat!” pada 11 Mei ini.

Berlangsung di Arena Square, Dungun, Terengganu bermula jam 7.30 pagi, program melibatkan golongan ibu itu merupakan anjuran bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Daerah Dungun dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).

Iklan
Iklan

Malah, program"Usus Sihat, Ibu Hebat!” bersama Yakult itu turut sarat dengan pengisian aktiviti bermanfaat antaranya senaman aerobik, pemeriksaan kesihatan, bual bicara kesihatan bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Dungun, pertandingan mewarna serta pelbagai lagi aktiviti menarik.

Pada masa sama, turut diadakan pelbagai pameran daripada rakan kolaborasi Yakult membabitkan program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan COMBI (pencegahan denggi) selain maklumat serta inisiatif di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Iklan

Program"Usus Sihat, Ibu Hebat!” dijangka dirasmikan oleh Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim dan dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA Daerah Dungun, Nur Fajariah Mat Lazim serta Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase.

Menurut Hiroki Yanase, program itu merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yakult khusus untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit dalam kalangan masyarakat.

Iklan

"Malah, ia turut selari dengan matlamat Yakult yang sentiasa menekankan fungsi probiotik, bakteria berfaedah membantu meningkatkan fungsi usus untuk manfaat kesihatan,” katanya.

Selain hadiah pertandingan, pelbagai hamper makanan dan barangan elektrik disediakan kepada peserta program sebagai hadiah cabutan bertuah.

Malah, tiga orang ibu akan dipilih oleh LPPKN Terengganu sebagai penerima Anugerah Ibu Hebat berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan mereka melibatkan status indeks jisim tubuh (BMI), bacaan paras gula, tekanan darah dan paras kolesterol darah terbaik.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my.