PKR rai ulang tahun ke-25 dengan penganjuran karnival - Nurul Izzah
Iklan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar (kiri) dan Pengarah Sambutan 25 Tahun PKR yang juga Ahli Parlimen Subang Wong Chen (tengah) menunjukkan duit syiling peringatan khas PKR yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media mengenai program sambutan 25 tahun PKR di ibu pejabat PKR pada Jumaat. Foto Bernama
PETALING JAYA - PKR akan meraikan sambutan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada 11 Mei ini.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, karnival yang disasar menarik pembabitan 10,000 pengunjung itu antara lain akan menyajikan pameran, wacana forum dan pelbagai pengisian menarik yang berkaitan dengan sejarah penubuhan parti.
Iklan
Iklan
"Sejarah penubuhan parti ini bermula dengan pelbagai rencam dan ujian sehingga mematangkan perjuangan, dengan kemuncaknya membawa kepada penglibatan PKR dalam sebahagian daripada tampuk pemerintahan negara, dan ia akan dipersembahkan dalam bentuk pameran, wacana forum dan lain-lain pengisian sepanjang karnival itu nanti,” katanya.
Bercakap dalam persidangan media sempena penganjuran Karnival 25 Tahun Keadilan itu di sini, beliau berkata selain itu satu majlis kesyukuran turut dirancang sebagai acara sambutan, di samping majlis makan malam bagi meraikan pengorbanan dan sumbangan anggota.
Iklan
Beliau berkata, sempena sambutan itu PKR juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan untuk membuka kaunter-kaunter bergerak termasuk kaunter pembayaran saman, kaunter permohonan kad pengenalan dan kaunter berkaitan hal ehwal pensijilan halal.
Nurul Izzah berkata, karnival itu juga akan menyajikan aktiviti menarik lain seperti permainan tradisional rakyat, persembahan buskers dan persembahan artis seperti Aisha Retno, Kaka Azraff dan Datuk Zainal Abidin, selain jualan gerai dari pelbagai vendor tempatan.- Bernama
Iklan
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.