Akuan bersumpah bukan penyelesaian
Iklan
Akuan bersumpah bukan penyelesaian terbaik kepada masalah dihadapi pengundi kerana aku janji atau manifesto akan ditunai jika calon dan parti bertanding menganggap ia adalah tanggungjawab dan amanah yang wajib dilaksanakan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Cadangan pihak tertentu agar semua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu menandatangani akaun bersumpah (SD) bagi memastikan mereka menunaikan segala janji pilihan raya atau manifesto ditabur semasa kempen adalah tidak praktikal dan bertentangan dengan prinsip demokrasi.
Menurut Pensyarah Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr Mazlan Ali, ini kerana cadangan tersebut akan mengikat calon dan pengundi berkenaan dari segi perundangan.