Jamin masa depan pekerja gig
Iklan
Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu ditambah dengan caruman KWSP atau PERKESO demi masa depan golongan itu. (Gambar kecil: Syed Saddiq)
SHAH ALAM - Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig memerlukan tahap penyeliaan terbaik dan bukan sekadar mewujudkan badan induk tanpa memikirkan inisiatif yang mampu menjamin masa depan golongan pekerja gig.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu menyediakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk potongan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada semua yang terlibat dalam ekonomi gig.