Anwar yakin semua ahli Parlimen sokong naikkan gaji penjawat awam

Iklan
Anwar menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri Kelantan di RTC Bandar Baru Tunjong pada Khamis. Foto Bernama

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan semua ahli Parlimen akan memberikan sokongan kepada usaha kerajaan menaikkan gaji penjawat awam lebih 13 peratus mulai 1 Disember.

Beliau berkata, kenaikan itu akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada semua Jemaah Menteri.

Iklan
Iklan

"Saya tiada masalah untuk melaksanakannya kerana Sarawak dan Kelantan menyambut baik usaha ini.

"Justeru, saya yakin cadangan kenaikan gaji penjawat awam dapat sokongan semua ahli Parlimen,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong di sini, pada Khamis.

Iklan

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, Anwar mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.

Iklan

Beliau berkata, kadar itu tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!