Konvoi amal Bunian Bikerz di Melaka Sabtu ini

Iklan
Antara aktiviti amal yang pernah dilakukan Kelab Bunian Bikerz.

SHAH ALAM - Kelab motosikal berkuasa tinggi, Bunian Bikerz akan melakukan konvoi amal bagi menyantuni anak-anak yatim di Melaka pada Sabtu ini.

Wakil Kelab Bunian Bikerz, Mohd Hasnurul Nizam Ibrahim berkata, Program Tautan Raya Seluas Kasih Bunian Bikerz bersama Anak-anak Yatim Fatimah Al-Zahrah itu akan berlangsung di Bukit Katil, bermula jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan
Mohd Hasnurul Nizam

"Konvoi ini akan disertai lebih 60 ahli dari Lembah Klang dan kami akan menyantuni 33 anak yatim di sana.

"Beberapa aktiviti telah dirangka, antaranya persembahan khas daripada pihak anak yatim, sesi kuiz, sumbangan duit raya dan hamper serta makan bersama-sama mereka.

Iklan

"Objektif kami adalah untuk meraikan mereka, apatah lagi dalam bulan Syawal ini. Sekurang-kurangnya ia akan memberikan kebahagiaan kepada anak-anak yatim yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Jelas Mohd Hasnurul, selain melakukan konvoi sesama ahli, kelab berkenaan juga menetapkan untuk melakukan kerja amal setiap beberapa bulan, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!