Aaron-Wooi Yik gagal tambah mata buat kem Malaysia

Iklan
Aaron-Wooi Yik

BEREGU nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal menambah mata buat kem Malaysia, apabila kecundang kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam aksi kedua suku akhir Piala Thomas 2024 pada Khamis.

Gimnasium Pusat Sukan Zon High-Tech Chengdu, China menjadi saksi kebangkitan Hoki-Kobayashi beregu nombor enam dari Jepun menjinakkan Aaron-Wooi Yik (nombor lima dunia), 18-21, 21-14, 21-19 untuk menyamakan kedudukan 1-1 dalam masa 67 minit.

Iklan
Iklan

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia berstatus nombor 10 dunia sebelum itu menjelmakan mata pertama Malaysia selepas menjinakkan Kenta Nishimoto pemain ranking 11 straight set, 21-13, 21-3 dalam masa 33 minit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan
Iklan