Muip jejak asnaf melalui kelab permotoran

Iklan
Asmadi melancarkan Biker's Rodong Zakat (BRZ) di Bandaraya Kuantan bagi membolehkan golongan asnaf dijejaki.

KUANTAN - Seramai 150 individu daripada kelab pemotoran akan menjadi medium penyampaian maklumat mengenai golongan fakir dan miskin kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, golongan itu akan berada di sekitar Kuantan dan Pekan menjejaki asnaf di setiap pelosok kampung bagi memastikan tiada golongan itu tercicir daripada sebarang bantuan.

Iklan
Iklan

"Andai kata mereka jumpa atau dapati ada golongan rentan atau miskin di kampung atau mana-mana sahaja lokasi (di Pahang) mereka boleh kongsi maklumat kepada kita.

Asmadi

"Kita (akan) jalankan siasatan, jika mereka layak bantuan akan disalurkan. Ia secara tidak langsung dapat membantu membela nasib golongan ini," katanya pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, Muip dan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) melancarkan Biker's Rodong Zakat (BRZ) di Bandaraya Kuantan.

Beliau berkata, ia sebagai salah satu medium Muip dalam menjejaki golongan asnaf melalui kelab permotoran selain mewujudkan kerjasama dalam program kebajikan.

Iklan

"Kita sentiasa berusaha dalam mempelbagaikan sumber dan kaedah dalam memastikan golongan asnaf terbela dan terjaga kebajikannya," jelas beliau lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!