PM luang masa tinjau LTSIP fasa satu

Iklan
Anwar meluangkan masa meninjau terminal baharu LTSIP fasa satu pada Khamis. Foto FB Mohd Nassuruddin Haji Daud

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis meluangkan masa meninjau terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam.

Ketibaan Perdana Menteri pada kira-kira 3.20 petang di LTSIP disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud sebelum beliau meluangkan masa hampir 30 minit beramah mesra dengan orang awam serta melihat fasiliti dan kemudahan baharu di LTSIP.

Iklan
Iklan

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPNK), Jasri Kasim.

Pengoperasian fasa satu terminal itu mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan mampu menampung empat juta penumpang.

Iklan
Ketibaan Anwar di LTSIP disambut Mohd Nassuruddin sebelum beliau meluangkan masa hampir 30 minit beramah mesra dengan orang awam serta melihat kemudahan baharu di LTSIP. Foto FB Mohd Nassuruddin Haji Daud

Terminal baharu itu memiliki lebih 20 kaunter penerbangan, tempat meletak kenderaan bertingkat, laluan khas untuk pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang tempat meletak kapal terbang dan sistem operasi tanpa tunai LTSIP untuk memudahkan penumpang.

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP itu melibatkan kos RM440 juta. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!