Jerebu di Pulau Pinang

Iklan
Pemandangan Jambatan Pulau Pinang kelihatan kabur berikutan jerebu yang melanda di negeri ini.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di Seberang Jaya (61), Seberang Perai (54), Minden (49) dan Balik Pulau (53) pada 12 tengah hari tadi.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.