KUALA LUMPUR - Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, sementara itu, sebanyak 35 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, manakala 29 kawasan merekodkan status kualiti udara pada tahap sederhana.