Projek pembesaran LTSIP fasa dua bermula

Iklan
Program Kampung Angkat Madani di Kampung Aril, Melor (tengah) hadir di Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU - Projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini. bagi fasa dua sudah bermula.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, fasa terbabit bermula sebaik sahaja fasa pertama LTSIP itu memulakan operasi pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) berkata, pembangunan fasa kedua itu juga diharap akan dilaksanakan dengan mengikut jadual dan cepat.

"Fasa kedua bermula serta-merta dan bangunan lama yang digunakan sebagai terminal lapangan terbang sebelum ini sudah dikosongkan serta ditutup.

Iklan

"Bangunan itu akan dirobohkan untuk dibangunkan fasa kedua,” katanya pada sidang akhbar selepas Merasmikan Program Kampung Angkat Madani di Kampung Aril, Melor, di sini, pada Khamis.

Nik Nazmi mengecat pintu pagar Klinik Desa Kampung Aril sebagai simbolik perasmian.

Menurut Nik Nazmi, projek berkenaan sangat penting untuk pembangunan negeri Kelantan.

Iklan

"Saya sendiri teruja melihat operasi LTSIP sebaik tiba di Kelantan semalam.

"Saya percaya lapangan terbang ini sudah lama ditunggu-tunggu terutama penduduk di negeri ini,” katanya,

Sebelumya, akhbar melaporkan, LSTIP baharu itu bersedia menerima penerbangan antarabangsa tahun ini seiring dengan permulaan operasi tersebut.

Nik Nazmi berucap pada Majlis Program Kampung Angkat Madani di Kampung Aril, Melor, Kota Bharu.

Sementara itu, berkaitan perkembangan isu pengubahsuaian Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di negeri ini, Nik Nazmi berkata, perkara tersebut dijangka akan dibincangkan lagi dalam mesyuarat bersama Kerajaan Kelantan di Kota Darulnaim, di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, mesyuarat akan dihadiri sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan menteri-menteri lain.

"Kami akan berbincang untuk mencari ruang-ruang lain bagi mempergiatkan pembangunan ekonomi Kelantan kerana selepas ni Projek Laluan Rel Pantai Timur pun akan siap.

"Penting ada alternatif daripada membuka kawasan hutan yang boleh memberi kesan merencatkan pembangunan seperti banjir dan terjejas bekalan air,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!